Friday 29 July 2011

Cinta dan Mutiara ku ucapkan dengan kata kata


Cinta dan Mutiara ku ucapkan dengan kata kata




Bibirku tak akan pernah mengatakan “aku cinta kamu”
Aku juga tak pernah mendengar kamu mengatakan kepadaku “aku cinta kamu”
Biarlah hati kita yang saling mengatakanya
Biarlah hati kita yang saling mendengarnya
Kerana hati tak pernah berdusta
Kerana bibir tak akan pernah mampu untuk mengungkapkan cinta sejati kita
Kerana bibir lebih sering berdusta terhadap perasaan manusia
Cinta adalah percikan kasih Illahi di dalam perasaan hati insani kita…
Dia akan bergetar dan terhubung sendiri dalam diri dan hati kita masing-masing….
Tak perlu dikatakan…dan tak perlu untuk di katakan…
Kamu adalah sebahagian dari hatiku
Maka aku tidak ingin mencintai orang lain
Kerana aku mengerti dirimu
Seperti aku mengerti rasa yang ada didalam hatiku

Semua aku ingin lakukan untuk memiliki dan menjagamu
Kerana kamu adalah serbahagian dari hidupku
Dan aku ingin kau selalu bersamaku sampai bila-bila
Kerana perasaan hati kita telah menyatu dan tak dapat dipisahkan.......